
Sabtu, 2009 November 07
Ahad, 2009 Oktober 11
Kenyataan Media berkaitan ise penempatan
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
8 OKTOBER 2009
Berhubung berkenaan isu penempatan yang dikatakan akan dilewatkan bermula tahun hadapan, kami mewakili pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berusaha mendapatkan maklumat serta perbincangan dengan beberapa pihak bagi merungkai isu yang semakin menjadi perhatian di kalangan mahasiswa jurusan pendidikan di negara ini.
Menyedari tugas sebagai wakil pelajar, kami mengambil langkah untuk berhubung dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bagi mendapatkan pandangan serta pendirian mereka berkenaan isu yang berbangkit ini.
Pada 7 Oktober 2009, jam 9.30 malam, saudari Adriyani Yamin, Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP UPSI yang dtugaskan untuk menghubungi Presiden NUTP, Encik Hashim Adnan telah membuat perbincangan bersama beliau melalui panggilan telefon. Hasil daripada perbincangan tersebut, beberapa ketetapan dan jaminan telah dibuat. Berikut merupakan penjelasan dan pendirian NUTP hasil perbincangan yang dibuat berkenaan isu ini :
• Pihak NUTP menegaskan isu kelewatan untuk penempatan bermula pada tahun hadapan adalah tidak relevan apabila dilihat pada statistik persaraan guru-guru sedia ada.
• Situasi semasa ( tahun 2010 persaraan guru lebih ramai) menunjukkan bahawa isu ini tidak mungkin berlaku, apabila lebih ramai guru-guru baru diperlukan untuk mengisi kekosongan guru yang ada.
• Pendidikan merupakan elemen penting walau di mana sekalipun, justeru adalah tidak relevan jika faktor kekangan kewangan dijadikan sebagai alasan menyebabkan mahasiswa/i yang mengambil bidang pendidikan menjadi korban.
• Mahasiswa/i tidak perlu bimbang berkenaan dengan isu ini, dan melalui NUTP sendiri suara bakal-bakal guru ini boleh disalurkan dengan baik dan NUTP sedia membela bakal-bakal guru.
Justeru, kami berharap penjelasan dan pendirian NUTP ini boleh mengembalikan keyakinan dan semangat semua bakal guru, tidak kira sama ada di UPSI mahupun institusi lain untuk meneruskan usaha mencapai cita-cita menjadi seorang guru.
Mohd Zulhilmi bin Mohd Noor
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Adriyani binti Yamin
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Akmal bin Madzir
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Norhafizawati bt Mahmad Razali
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Nor Aqilah hanis Bt Mohd Yusof
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Arif bin Mohamad
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Mohd Hanif Azwan bin Abd Rahman
Exco kesenian & Kebudayaan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Norhisham bin Che Hamid
Exco Kesenian & Kebudayaan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI
Jumaat, 2009 September 18
Tahniah Kerajaan Negeri
Assalamualaikum...
Pagi tadi saya sempat pergi ke Kuliah Jumaat Tok Guru bersama ayah dan adik. Di akhir2 Ramadhan ni nak jugak dengar amanat MB kami. Ternyata tok guru masih lagi kuat untuk mentarbiyah rakyat2nya. Dari nada suara yang tok guru luahkan, say nampak kesungguhan dan keikhlasan beliau untuk melihat rakyatnya terdidik dengan ajaran Islam.
Sepanjang bulan Ramadhan, Kerajaan Negeri Kelantan telah berusaha untuk mengubah mentaliti rakyatnya dalam memberi pengertian pada Ramadhan dan Aidilfitri. Tok guru menyatakan bahawa masyarakat perlu menghayati Ramadhan dengan sebenarnya. Sehingga terasa sedih bila mana Ramadhan pergi. Banyak program yang Tok Guru bersama exco-exco nya buat sepanjang bulan Ramadhan untuk memeriahkankan lagi bulan berkat ini. Antaranya, Ihya' Ramadhan, konvoi bermotor, iklan papan tanda Ramadhan dan banyak lagi.
Satu lagi projek Kerajaan Negeri Kelantan
Setelah tamat kulaih jumaat, ada majlis pelancaran Program Bantuan Dana Pendidikan Anak-Anak Palestin. lebih kuran 24 orang rakyat palestin bersama-sama pada waktu 2. satu majlis yang ringkas tapi memberi makna yang besar kepada rakyat negeri kelantan. Melalui program ni, rakyat kelantan dapat beramal jariah bersedekah untuk rakyat palestin.
Sedikit maklumat tentang program ni. Kerajaan negeri melalui Sekreteriat Misi Cakna Palestin akan membiayai pendidikan 27 rakyat palestin yang belajar di Malaysia yang terdiri daripada pelajar di peringkat Ph.D, ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda.
Kategori A: RM1500 sebulan - berkahwin dan ada lebih drp 2 orang anak
Kategori B: RM1000 sebulan - berkahwin dan ada 2 orang anak @ kurang
Kategoti C: RM500 sebulan - bujang
Apa yang mengagumkan saya apabila Kelantan merupakan pelopor kepada program seumpama ni. Tahniah!!
PERUTUSAN HARI RAYA EIDUL FITRI 2009/14230H
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Assalamualaikum wbrkth dan Salam Kebajikan,
Segala puji dan syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam di atas segala nikmat dan rahmat yang telah dianugerahkan kepada kita selaku para hambaNya yang diberi kemudahan untuk berada dibumi Universiti Pendidikan ini. Tasbih, tahmid dan istighfar kita ucapkan bagi menyucikan segala dosa,noda dan kekurangan diri kita yang tidak pernah lekang dari kecuaian serta kemaksiatan kepada-Nya.
Selawat dan salam kita lafazkan khusus untuk junjungan besar Rasulullah sallallhu alaihi wasallam, Nabiyyul Rahmah, petunjuk kepada mereka yang rindukan hidayah, inginkan salamah,juga berkat di dunia dan akhirat.
Sahabat-sahabat dan seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dikasihi,
Selamat menyambut Aidulfitri dari kami barisan MPP Pro-Kebajikan UPSI. Hari kemenangan bagi ahli-ahli ibadah yang telah berjaya kembali kepada fitrah setelah tiga puluh hari melatih nafsu buas untuk menjadi muthmainnah (tenang/tunduk) dan juga menjadi orang-orang yang bertakwa.
Dalam detik masa yang penuh berharga dan barakah ini marilah kita sama-sama merenung sejenak hari-hari yang telah berlalu dalam bulan yang penuh mulia yang telah kita lalui bersama-sama di Universiti Pendidikan tercinta ini.
Bersama kita bersyukur sekiranya kita berjaya mendidik jiwa kita ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Sudah pastinya, latihan tadarrus al-Quran, tarawih berjamaah, majlis ilmu dan qiam ditengah malam menjadi kenangan manis bulan ramadhan dibumi UPSI yang tercinta ini, yang tidak akan dapat dilupakan oleh kita semua dan sayugia jangan dilupakan pada hari-hari yang mendatang.
Bersama kita ishtighfar, jikalau ruang masa di bulan Ramadhan ini hanya diulit tidur panjang yang lena, kata-kata yang tidak bermakna atau sekadar mengisi perut yang lapar di waktu berbuka. Apatah lagi membuat dosa. Kami memohon ampun dari-Mu ya Allah.
Rakan-rakan mahasiswa dan seluruh warga UPSI sekalian,
Perjuangan menuntut ilmu di bumi Universiti Pendidikan Sultan Idris ini penuh dengan duka lara. Sentiasa teringatkan suasana permai desa dan senyum tawa ibunda dan ayahanda. Manis riang juga timbul sekali sekala ketika bersama-sama sahabat tercinta yang menjadi anggota keluarga di mana-mana jua. Sudah menjadi lumrah dunia mahasiswa. Al-Imam al-Syafei berkata ilmu tidak akan dapat dicapai melainkan dalam keadaan susah dan derita. Maka marilah kita sama-sama menggunakan peluang keberadaan di kampung halaman untuk memohon maaf kepada kedua ibu-bapa, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan seluruh umat Islam amnya.
Bagi yang tidak pulang, bersabarlah. Di hari raya ini usahlah banyak kita melayan perasaan sedih teringatkan ayah bonda dan sanak saudara dikampung atau yang telah pergi. Banyakkan bertakbir dan hayatilah roh hari raya yang diajarkan oleh agama kita. Hari raya ialah hari kemenangan bagi seluruh umat Islam. Keperitan dan mehnah yang dilalui di Universiti Pendidikan ini kadang-kadang diperlukan oleh kita untuk menjadi matang juga mengenal kehidupan. Islam dalam sejarahnya yang agung juga tidak terlepas dari dikunjung ujian dan dugaan.
Jagalah Keselamatan Diri dan Berhati-hati Bagi yang Memandu
Menyedari dan menginsafi tanggungjawab kami selaku kepimpinan pelajar UPSI, kami dengan rendah hati memohon sahabat-sahabat mahasiswa berhati-hati dan senantiasa menjaga keselamatan diri tatkala pulang dan datang dari kampung. Bagi yang menaiki bas terutamanya yang terpaksa menaikinya di KL, berwaspadalah dan bawalah teman seiring semasa perjalanan ke Kuala Lumpur. Senantiasa prihatin terhadap barang-barang penting seperti komputer riba, dompet dan sebagainya agar tidak tercicir.
Bagi yang memandu kenderaan sama ada kereta atau motorsikal, berhati-hatilah ketika memandu dan pastikan kenderaan sahabat selamat dan berada dalam keadaan baik sebelum meneruskan perjalanan pulang. Jangan memandu dengan tergesa-gesa, bersabarlah di jalan raya. Moga-moga kita dilindungi Allah dari musibah.
Kirimkan Ucapan Salam Aidilfitri Dari Kami
Kami barisan MPP Pro-Kebajikan ingin memohon sahabat-sahabat mahasiswa sekalian untuk menyampaikan ucapan salam eidulfitri buat ayahanda dan ibunda tercinta dan tidak lupa juga buat sanak saudara dikampung. Sampaikanlah ucapan selamat sejahtera dan salam kemenangan dari kami teman seakidah dan se-Islam sahabat sekalian.
Mohon Kemaafan dari Segala Kesilapan,
Akhir kalam, cukuplah sekadar itu dari kami barisan MPP Pro-Kebajikan. Kami dengan rendah hati memohon kemaafaan dari seluruh sahabat-sahabat mahasiswa dan seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dicintai ini atas segala kesilapan dan kekurangan kami disepanjang tahun sebelum ini. Moga-moga dengan kemaafan diberikan kita dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan atas nama Islam.
Marilah kita doakan semoga Ramadhan yang telah kita lalui benar-benar diterima oleh Allah s.w.t sebagai bekalan kita di hari akhirat kelak. Sambutlah Hari Raya pada kali ini dengan penuh rasa keinsafan dan syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan. Sesungguhnya nikmat Allah yang dianugerahkan tidak bertepian. Gunakanlah hari raya ini untuk kita mengukuhkan lagi ukhuwwah dan persaudaraan antara kita semua dan berusahalah untuk kita menjadi Ummatan Wahidah Fil Amal al-Islami (umat yang bersatu dalam amal Islam.
Salam Aidulfitri,
Akmal b. Madzir
Norhafizawati bt. Mahmad Rozali
(Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPPUPSI 08/09)
Arif b. Mohamad
Nur Aqilah Hanis bt. Mohd Yusoff
(Exco Akademik dan Kerjaya MPPUPSI 08/09)
Mohd Zulhilmi b. Mohamad
Adriyani bt. Yamin
(Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPPUPSI 08/09)
Norhisyam b. Che Hamid
Mohd Hanif Hazwan b. Ab. Rahman
( Exco Kesenian dan Kebudayaan MPPUPSI 08/09)
Salam Aidilfitri
Sempena Kedatang bulan Syawal, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga kampus UPSI. Semoga Ramadhan yang berlalu adalah Ramadhan yang terbaik dalam hidup anda.Buah cempedak di luar pagar
Masak sebiji di atas peti
kasih ingatan tulus dan segar
Di aidilfitri dekat di hati
Daripada:
NORHISHAM BIN CHE HAMID
EXCO KESENIAN & KEBUDAYAAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2008/09
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

